Wednesday, January 27, 2010

mak nenek!




Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :


Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.


Sakit kepala lagi?


Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.


Tak hilang jugak sakit kepala?


1) Tidur sambil berzikir membantu meredakan kebanyakan jenis sakit kepala. Tidurlah seketika di siang hari jika anda sakit kepala. Sebaiknya tidur sekejap sebelum masuk waktu zuhur kerana ia merupakan sunnah Nabi s.a.w. Tapi jangan tidur selepas Asar, ditakuti mewarisi ‘kegilaan’.

2) Rehatkan otot-otot dan fikiran anda. Berhenti dari melakukan kerja atau berfikir tentang masalah.

3) Seringkali juga sakit kepala disebabkan oleh kelaparan, oleh itu jangan biarkan diri anda berlapar terlalu lama.

4) Jalan dengan cepat atau bersenam ringan dapat membawa oksigen ke otak, menurunkan rasa tertekan serta menyebabkan badan kita mengeluarkan endorphin, unsur penahan sakit semulajadi. Jangan dok main game facebook saja!

5) Mengurut boleh melegakan otot dan memperbaiki pengaliran darah dan mengurangkan rasa sakit kepala. Mari kita pergi rumah urut ! waheyuuuu!




Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.




Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.


0 comments:

Post a Comment