Thursday, July 2, 2009

I m dead! but still breathing... hoping to keep on living


Hmm.... It has been a week aku tidak menjenguk ke blog ni. Sibuk ke sana ke mari menikmati hari- hari terakhir aku di Sydney.

Programme coordinator dah kasi green light, Alhamdullillah. semua lancar. Moga-moga aku akan selamat terbang ke Malaysia.

Aku akan mulai semula hidup ku, bermula dari kosong. Akan ku bina sikit demi sedikit, dan diharap aku tabah, dan di jauhi dugaan yang melampau.

Sepanjang minggu ini, banyak buat aku berfikir kembali tentang kehidupan. Tentang pengharapan. Walaupun sedikit sunyi, tapi aku pasrah kerana aku tahu, tak mungkin semuanya ada didepan mata. kadangkala perpisahan membuatkan kita sedar dengan realiti kehidupan. kita manusia biasa, tidak boleh mengharaokan kehidupan super sempurna.

Ejan dah balik Msia. Mmg agak rasa kekok sikit sebab dah tiga bulan aku asyik kacau dia hampir setiap hari. skrang dia dah balik Msia utk cuti. So aku takda nak kacau sapa. I mean in person. Nasib baik Mimin dgn Izza ada. Boleh la jugak buat2 bising. Yang lelain semua sibuk. Nak buat mcmana.. semua orang ada komitmen masing2.

Tapi setiap hari tidak boleh tidak aku mesti ganggu adik. Huhu. nak buat mcmana, dah sejak azali.. aku mmg suka kacau orang. Aku dulu ingat aku ni baik, tapi bila kengkawan kata aku mmg suka kacau orang, jadi betullah. Nak buat mcmana. I just wanna have fun, and make people happy. Kalau tak berjaya sorry la. I m a normal human being ok!

Aku sangat berharap agar aku dapat jadi seorang sahabat, teman dan kawan yang terbaik. Aku tidak mahu hanya muncul seketika, tapi aku nak selamanya. For me, friendship is my priority. Tanpa kawan2 aku rasa sangat bosan, walaupun aku boleh hidup sendirian.

Tapi, setakat ni, teman aku yang setia, adik aku la. Dia mmg yang terbaik. TQ adik!

Adik.. kuatkan semangat ko. Jgn rapuh sangat! hadapi masa depan dengan tabah. Apa yang berlaku lupakan lah. Kau boleh. Mmg perit, tapi dgn usaha, Insyallah ko boleh. Ko jgn lagi cakap ko dah buntu, takde jalan lain. Ada adik. percayala cakap abng ko ni. Banyak pintu yang ko boleh buka. Masa depan ko di tangan ko. Jgn ko sia2 siakan. You are indeed special! and i really mean it.

aku nak tulis mcm2, tapi tah... rasa mcm tak sesuai je nak letak kat sini. Aku just nak ucap TQ pada semua kawan2 aku, dimana saja kalian. Kalau ada salah silap aku, harap di maafkan. Aku manusia biasa, tak lepas dari buat dosa. tak lepas dari buat salah..


And to My sis and my mum too. dorang dua ni la byk bagi semangat kat aku.

Kepada mak, TQ so much for your Doa. I know you faced a lot, semasa aku kat sini. mcm2 dugaan mak terima, tapi moga semua akan berakhir. Terima kasih pada semua doa, solat malam mak yang tak jemu2. Aku mmg tak pandai zahirkan kata2 terima kasih pada mak, cuma aku harap aku dapat buat mak bahagia.

I love you guys so much!


TQ