Jika kau
Jika kau rasakan dirimu memerlukanku
hampirlah padaku
dengan hati yang tulus
seikhlasnya
jika kau rasa dirimu ditekan
hampirlah padaku
akan kucuba ungkaikan tekanan itu
dengan sedayanya
jika kau rasa dirimu ditindas
hampirlah padaku
akan ku usaikan belenggu itu
dan nafaskan kebebasan mu
jika teman yang kau perlukan
cubalah aku
akan ku temani mu
semampunya bersahabat dengan mu
dan menghela kesunyian
jika kasih yang kau dambakan
halakan wajahmu padaku
biarku belai diri mu
dengan tulus diriku
semampunya
kerana aku mahu kau tahu
aku sentiasa disini buat dirimu
dalam jerit perih
dalam suka gembira
tiada halangan itu semua
kerana aku mahu kau tahu
aku disini
menanti.
--------------zack---------------------------------------------------------------------------
3 comments:
waahhh..sangat cumel itu kucing...
if u need somebody to talk to...aku ada disini yaa...jika tidak mahu bicara kpd ku..kwn2 lain masih ada utk membantu mu...^_^
thanks ju... korang mmg best la.. sob sob *jap nak lap hingus kejap*
mau je aku pindah ke kawasan korang. melaka ke, johor ke. takde la aku sememeh sangat! hmm.. takpe.. aku akan hadapinya.. terus! aku nak gembirakan semula diri aku! akan aku rempuh onak duri, badai yang melanda, biar bertempiaran semua babi2 hutan itu! yeah!!! nak karok! wa.a.a.a.a.aa! nak karok!!!
hahaahaha...giler bk babi2 hutan tuh...hahahhaa..
tu arrr....aku suro pndh poli JB tamau...ekekekeke..kalo tak...tetiap minggu leh karok..bowling...ngehehe
Post a Comment