Saturday, May 16, 2009

aku lihat.. aku tulis!

Pengalaman berada di Sydney Australia sememangnya mendatangkan banyak kenangan dan kenangan yang bercampur baur. Berada jauh dari keluarga, orang yang kita sayang dan juga berjauhan dari zon selesa sememangnya membuatkan kita berada dalam ombak emosi yang berbagai. Suka, duka semua bercampur baur. Bagi yang tidak tahan, berada walaupun sebulan di luar negara sememangnya amat perit. Itulah yang aku alami sewaktu berada di luar negara. Tetapi semuanya yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk masa depan ku teruskan jua. Walaupun Cuma setahun, banyak juga yang aku pelajari.


Aku suka memerhatikan gelagat kaum adam di mana mereka berada. Tidak kira bangsa mahupun agama, banyak yang dapat diperhatikan. Bukan kerana aku taksub dengan kaum adam, cumanya aku mahu lebih mengenali kaum ku ini. Sepanjang pemerhatian aku, sememang banyak yang boleh diperkatakan. Perwatakan, tingkah laku, tabiat, serta pembawakan diri sememangnya bermacam ragam. Namanya pun manusia, penuh dengan seribu satu cerita, yang andai di luahkan, tak mampu di tampung tinta melaut. Sekadar berkongsi, aku coretkan semuanya dalam tulisan. Mungkin ada yang tidak setuju, mungkin ada yang mengiyakan, semuanya terpulang kepada individu, bagaimana anda mentafsirkan. Yang aku tahu, aku lihat, aku tulis.


Apabila terdengar berita ada wanita Malaysia berkahwin dengan asing, ramai yang mencebik, persoalan kenapa dan mengapa warga asing yang dipilih masih belum ada jawapan yang pasti. Ada yang beranggapan warga asing ini lebih romantik lakunya, lebih perihatin dan lebih bersikap kelakian. Inilah juga persoalan yang masih aku tercari-cari jawapannya. Betulkah semua ini. Semetelah aku disini cuba aku rungkaikan jawapannya.

Di Sydney, mat saleh, bahasa kasarnya, kelihatan begitu menarik sekali. Mana tidaknya dengan badan yang tegap besar , sememangnya menonjol dari segala aspek. Tengok sahajalah pemakaian mereka. Dari yang berjawatan tinggi, hingga ke remaja, sememangnya nampak identiti mereka. Walau comot sebagaimanapun, mereka kelilhatan berkeyakinan. Mungkinkah faktor hidung mereka yang semula jadinya tinggi menampakkan mereka berkeyakinan? Ataupun hanya sekadar pandangan tinggi dari sesetengah pihak? Itu juga belum aku pasti. Akan perlahan-lahan aku cuba rungkaikan. Ingin aku membawa anda semua mengikuti perjalanan aku ini. Aku lihat aku tulis.


Tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam, kelihatan mat saleh berjogging di sini sana. Tidak hanya di taman-taman rekriasi atau kawan istirehat awan, mereka berjogging di mana-mana. Di universiti, di pasar, di pusat membeli belah, malah di tengah-tengah bandar juga. Bagi mereka tidak ada yang perlu di malukan dan dirisaukan. Cuba anda bayangkan lelaki Malaysia berlarian di dalam Suria KLCC, tentunya ramai yang memandang dan berbisik-bisik sesame sendiri. Tetapi di Sydney, amat berbeza. Selaju mana sekalipun, sebasah manapun anda bermandian peluh tidak siapa yang peduli. Tidak menjadi masalah. Disini kita dapat lihat satu bukti sikap keterbukaan mereka dan perbezaan ketara antara negara dunia ke dua dan dunia ke tiga. Amat luas jurangnya.


Secara hormon dan genetiknya, sememangnya mat saleh ini mempunyai bentuk badan yang besar namun sekali pandang, seakan-akan semua mereka ini amat menjaga badan mereka. Agak sukar kelihatan mereka yang badan berlapis-lapis lemak dan mengelebeh di sana sini. Kalau adapun tidak jelas kelihatan, yang ada pun sememangnya kelihatan dari hujung rambut ke hujung kaki sememangnya tidak terjaga. Tetapi aku mengenang kembalik lelaki Malaysia. Adakah factor saiz badan yang kecil membuatkan kita sambil lewa untuk menjaga kecantikan tubuh badan, menjaga penampilan diri? Genetik ialah suatu perkara yang diluar kuasa kita, tetapi bagaimanakah kita menggunakan apa yang diberikan pada kita dan bagaimana kita menjaganya? Maksud aku, berapa keratkan antara kita yang benar-benar mengambil berat untuk ke gym semata-mata mahu badan kelihatan menarik dan sihat? Dan seramai manakah yang hanya berkata, tidak mengapa ini takdir. Di Sydney, mat saleh- mat saleh ini selalu kelihatan berpakaian sukan malah selalunya aku bertembung dengan mereka yang menggalas beg-beg pusat kesihatan. Bagi mereka lawatan ke gym adalah suatu kewajipan. Pernah aku tertanya apakah ini hobi ataupun sememangnya mereka telah dipupuk sejak kecil untuk menjaga badan? Jawapannya aku belum juga ketemu. Namun apa yang dapat aku katakan mereka kelihatan segak dan sihat.


Walaupun di Malaysia budaya gym semakin diterima ramai, namun tidak seperti di Sydney. Gym seperti Fitness First sentiasa melakukan sesuatu untuk menarik pelanggan. Menyedari itulah mereka mengeluarkan pakej-pakej yang menarik. Pernah sekali aku terlihat dengan satu promosi keahlian gym yang mana seorang pengguna hanya perlu membayar 10 dollar seminggu. Ini amat menarik. Maka tidak hairanlah sekiranya gym-gym ini mengagih-agihkan masa untuk para pelanggannya kerana sambutan amat menggalakkan. Maka tidak hairanlah sekirany lelaki-lelaki mat saleh kelihatan begitu mantap dan tegap. Malah tidak hairan jugalah sekiranya wanita-wanita Malaysia beralih arah ke mat saleh ini. Kerena dari segi luaran sahaja mereka telah mengalahkan kita berbatu jauhnya. Aku lihat, aku tulis.

0 comments:

Post a Comment