Thursday, April 15, 2010

kerinduan seorang kekasih

___________________________________________________________________
Yazid: Sir pernah mimpi mak sir tak?
tuan abang: Tak pernah! tapi memori dia sangat kuat. Tak hilang rasanya. Kehilangan dia mmg kuat rasanya. Dah takda dah kekasih saya...
___________________________________________________________________


Aku sangat penat. Jam di handphone menunjukkan pukul 1245 pagi. Aku masih la bersms dengan pelajarku, adik dan juga kakakku. Terngiang-ngiang suara kakak ku petang tadi "Dua tiga hari ni Cikpah teringat sangat pada mak. Malam esok kita buat kenduri ya." "ok" jawabku laju dan cuba menukarkan topic. Sms student ku tidak ku balas.

Ramainya orang kat mall ni. Kiri kanan orang berjalan. Ada sale mungkin. Kakak sulungku sedang makan di food court. Aku harus balik dulu. ku berjalan keluar dari mall itu. Tidak semena-mena, aku terdengar orang mengaji. Suara itu sangat familiar. Siapa yang sedang mengaji?

Aku kenal benar suara tu. Itu suara mak. Eh? mak? Ya! Itu suara mak! Di mana. Semakin kuat suara itu. Aku berlari masuk ke dalam mall. Aku cari. Mana mak? mana dia? aku redah orang ramai! aku sudah tidak peduli, Itu suara mak. Ya itulah suara mak sedang mengaji Al-Quran seperti yang aku dengar selalu. di waktu maghrib selepas solat. Di waktu siang selepas zohor dan kadangkala di waktu subuh selepas solat. Itu suara mak! tapi mak dimana/

Mak? Mak telah tiada. Mak telah kembali menemui Penciptanya. Ah? Betul! aku sendiri yang mengiri janazahnya hingga kekuburan. Aku menyaksikan segalanya. Bisik hatiku!

Aku rindu suara itu. Air mata jatuh sangat laju. Aku tidak tahan lagi. Orang ramai di sekeliling memerhatiku. Aku tidak peduli. Itu suara mak.

Lantas aku berlari menuju je food court. kakak sulungku sedang makan, aku tidak peduli. Aku terus memeluk dia. Aku menangis semahunya. Air mata terud menitis suara mak mengaji semakin kuat.

"Kak Chaq. Itu suara mak!", kataku pada kakak ku. Kakakku turut menangis. Kami berpelukan disitu. tudung kakakku basah kerana airmataku.

Suara itu makin kuat. Sangat kuat, aku tidak tahan lagi. Aku sangat rindukan suara itu. Aku rindukan mahu bersalaman dengan pemiliknya. Aku mahu mencium pipinya. Aku mahu mendengar suaranya di hujung minggu membangunkan aku untuk ke pasar. Mahu mahu makan semeja dangannya. Aku mahu melihatnya senyum walaupun dia berduka. Aku rindukan rungutannya dan leterannya. Aku mahu mendengar suaranya. Aku mahu pulang ke rumah, memberi salam dan dia menyambut salam ku. Aku mahu balik ke rumah dan lihat dia tersenyum padaku. Setidaknya dia sedang solat didalam bilik seperti selalu. Aku rindukan ikan masin masak asam yang dia masak. Aku masih teringat lambaian dia setiap kali aku mahu pulang. Aku rindu ingin mendail telefon dan mendengar suaranya. Aku rindukan berbalah dengan mak. Aku rindukan bau mak. Aku rindukan berbual dengan mak. Aku rindu mak!!

aku berlari keluar dari mall itu. Air mata aku bercucuran laju. Aku tidak peduli. Aku berlari. Suara mak makin kuat. Sangat jelas. Itu memang suara mak mengaji. Tapi mak telah tiada....

Aku terjaga dari tidurku. Airmata aku masih laju jatuh. Suara mak tetibanya berhenti namun masih terngiang2 di telinga. Aku menangis lagi. Jam di handphone menunjukkan pukul 5. 30 pagi.

Ya Allah. Aku mimpikan mak. Aku terdengar suara mak dalam mimpiku. Aku sangat rindu. Dia kekasih ku. Baru sekarang aku sedar. Kenapa aku tidak sedar sedari dahulu? aku menangis lagi. Air mata semakin laju. Basah bantalku. Aku terus menangis. Rindunya aku pada mak.

Aku sedekahkan Alfatihah buat arwah. Lantas aku bangun dan mencoretkan segalanya disini. Aku mahu semua orang tahu bahawa kesakitan rindu pada seorang ibu ialah kesakitan yang sangat hebat. Aku pernah kehilangan kekasih, orang yang aku sayang. Namun, sakit kehilangan seorang ibu tiada tolok bandingnya. Sakit rindu yang sangat hebat. Mak... aku sayang mak.

Aku berdoa.. Ya Allah! Peliharalah ibuku di sana. tempatkanlah dia di samping hamba-hamba mu yang soleh. berikanlah dia kedamaian dan ketenangan. Sampaikan ya Allah, salam rinduku padanya. Kerinduan seorang kekasih. Amin.

Air mataku semakin laju.


Alfatihah buat ibuku, kekasihku, ratu hatiku, Jamaliah bt Saad.
Amin.


.........................................................................................
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

0 comments:

Post a Comment