Wednesday, April 21, 2010

aku dan MACAM MACAM


kisah 1:
Pagi tadi dlm pejalanan balik dari kelas aku jumpa seorang student lelaki. Dia pakai cekak rambut. Aku tegur.. "wah bagus la awak. Lepas ni jangan lupa masuk Miss World ya!"
Kisah 2:
Aku bangun pagi and tetiba nak cakap I love you, so I cakap I love you pada ramai orang. Sampaikan ada yang terkejut
Kisah 3:
Semalam ingat nak tido awal, tup2 tido lewat gak. dan tido dengan hati yang terluka. kerana aku dapat tahu sesuatu yang sangat melukakan. sampaikan hati tertanya2... adakah aku di..........? ermm..
Kisah 4:
Bangun seawal pukul 6 pagi, cuba masuk pet society tapi gagal. sedih sebab tak dapat jengok latip. Esok mesti encik adik lari dari rumah lagi.
Kisah 5:
Pagi ni semuanya mcm tah.. kosong! selalunya parking space kat bawah umah tu penuh, pagi ni semua licin.. huh! aku lambat ka?
Kisah 6:
Dapat sms good night. Happy! tapi......
Kisah 7:
Smalam g Carefour. Cadang nak bli tissue je, bila balik, tgk2 berlambak pulak aku beli.
Kisah 8:
Telefon kakak sulungku, dia menangis kat telefon coz dia rindu mak!
Kisah 9:
Rasa nak call sesorang tapi takut tak dijawab.. so.. duduk diam2!
Kisah 9:
hari ni ada meeting. Rasa nak buli student untuk gantung banner.
Kisah 10:
Perut sangat lapar. takde geng nak makan dengan aku. Rasa mcm lonely plak.
Kisah 11:
Sedang makan nasi ayam.
Kisah 12 :
Masih terluka.
Kisah 13:
Tadi jalan ikut belakang PA pengarah! Ya Allah! jalan mcm itik! lambat nak mampos!!! Hish!!
Kisah 14:
Aku rindu!
Kisah 15:
Masih lagi terluka!
Kisah 16:
Bila aku cakap sayang pada A, ianya memang bermakna sayang kerana perkataan sayang itu sangat besar maknanya pada aku.
Kisah 17:
Seronok juga bergosip kat opis. dah berbakul dah dosa aku buat! wuhuhu! aDoyai!!
Kisah 18:
Nasi ayam yang aku makan tak sedap. Tapi lapo.. aku balun jugak le.
Kisah 19:
Aku terluka.
Kisah 20:
Aku sayang kamu. Kamu........? bagaimana?
waaa.a.a.a.a.a.a.a.a aku gila!!!!!

Thursday, April 15, 2010

kerinduan seorang kekasih

___________________________________________________________________
Yazid: Sir pernah mimpi mak sir tak?
tuan abang: Tak pernah! tapi memori dia sangat kuat. Tak hilang rasanya. Kehilangan dia mmg kuat rasanya. Dah takda dah kekasih saya...
___________________________________________________________________


Aku sangat penat. Jam di handphone menunjukkan pukul 1245 pagi. Aku masih la bersms dengan pelajarku, adik dan juga kakakku. Terngiang-ngiang suara kakak ku petang tadi "Dua tiga hari ni Cikpah teringat sangat pada mak. Malam esok kita buat kenduri ya." "ok" jawabku laju dan cuba menukarkan topic. Sms student ku tidak ku balas.

Ramainya orang kat mall ni. Kiri kanan orang berjalan. Ada sale mungkin. Kakak sulungku sedang makan di food court. Aku harus balik dulu. ku berjalan keluar dari mall itu. Tidak semena-mena, aku terdengar orang mengaji. Suara itu sangat familiar. Siapa yang sedang mengaji?

Aku kenal benar suara tu. Itu suara mak. Eh? mak? Ya! Itu suara mak! Di mana. Semakin kuat suara itu. Aku berlari masuk ke dalam mall. Aku cari. Mana mak? mana dia? aku redah orang ramai! aku sudah tidak peduli, Itu suara mak. Ya itulah suara mak sedang mengaji Al-Quran seperti yang aku dengar selalu. di waktu maghrib selepas solat. Di waktu siang selepas zohor dan kadangkala di waktu subuh selepas solat. Itu suara mak! tapi mak dimana/

Mak? Mak telah tiada. Mak telah kembali menemui Penciptanya. Ah? Betul! aku sendiri yang mengiri janazahnya hingga kekuburan. Aku menyaksikan segalanya. Bisik hatiku!

Aku rindu suara itu. Air mata jatuh sangat laju. Aku tidak tahan lagi. Orang ramai di sekeliling memerhatiku. Aku tidak peduli. Itu suara mak.

Lantas aku berlari menuju je food court. kakak sulungku sedang makan, aku tidak peduli. Aku terus memeluk dia. Aku menangis semahunya. Air mata terud menitis suara mak mengaji semakin kuat.

"Kak Chaq. Itu suara mak!", kataku pada kakak ku. Kakakku turut menangis. Kami berpelukan disitu. tudung kakakku basah kerana airmataku.

Suara itu makin kuat. Sangat kuat, aku tidak tahan lagi. Aku sangat rindukan suara itu. Aku rindukan mahu bersalaman dengan pemiliknya. Aku mahu mencium pipinya. Aku mahu mendengar suaranya di hujung minggu membangunkan aku untuk ke pasar. Mahu mahu makan semeja dangannya. Aku mahu melihatnya senyum walaupun dia berduka. Aku rindukan rungutannya dan leterannya. Aku mahu mendengar suaranya. Aku mahu pulang ke rumah, memberi salam dan dia menyambut salam ku. Aku mahu balik ke rumah dan lihat dia tersenyum padaku. Setidaknya dia sedang solat didalam bilik seperti selalu. Aku rindukan ikan masin masak asam yang dia masak. Aku masih teringat lambaian dia setiap kali aku mahu pulang. Aku rindu ingin mendail telefon dan mendengar suaranya. Aku rindukan berbalah dengan mak. Aku rindukan bau mak. Aku rindukan berbual dengan mak. Aku rindu mak!!

aku berlari keluar dari mall itu. Air mata aku bercucuran laju. Aku tidak peduli. Aku berlari. Suara mak makin kuat. Sangat jelas. Itu memang suara mak mengaji. Tapi mak telah tiada....

Aku terjaga dari tidurku. Airmata aku masih laju jatuh. Suara mak tetibanya berhenti namun masih terngiang2 di telinga. Aku menangis lagi. Jam di handphone menunjukkan pukul 5. 30 pagi.

Ya Allah. Aku mimpikan mak. Aku terdengar suara mak dalam mimpiku. Aku sangat rindu. Dia kekasih ku. Baru sekarang aku sedar. Kenapa aku tidak sedar sedari dahulu? aku menangis lagi. Air mata semakin laju. Basah bantalku. Aku terus menangis. Rindunya aku pada mak.

Aku sedekahkan Alfatihah buat arwah. Lantas aku bangun dan mencoretkan segalanya disini. Aku mahu semua orang tahu bahawa kesakitan rindu pada seorang ibu ialah kesakitan yang sangat hebat. Aku pernah kehilangan kekasih, orang yang aku sayang. Namun, sakit kehilangan seorang ibu tiada tolok bandingnya. Sakit rindu yang sangat hebat. Mak... aku sayang mak.

Aku berdoa.. Ya Allah! Peliharalah ibuku di sana. tempatkanlah dia di samping hamba-hamba mu yang soleh. berikanlah dia kedamaian dan ketenangan. Sampaikan ya Allah, salam rinduku padanya. Kerinduan seorang kekasih. Amin.

Air mataku semakin laju.


Alfatihah buat ibuku, kekasihku, ratu hatiku, Jamaliah bt Saad.
Amin.


.........................................................................................
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Sunday, April 11, 2010

One love


Another song that I love. Read and feel it! Will post the video when connection is good .
Oo yeah!

O.N.E L.O.V.E
David Guetta feat Estelle

Can anybody help me I' m outta plans
guess I left my world in somebody’s hands
I don’t like to hurt but
but everyone gets weak
someone to rely on
that’s what I really need

Now here we stay
its all that were worth
I’ve been thru the pain and been dragged thru the dirt
whatever they tell you
were bigger than words
I’ve been where your standing
I know how it hurts let this be a song now and
this be a day and we stand together well be okay
Because were survivors were making it work
expecting the best when they hope for the worst

One love - this is the way we found
One love - even though they'll let you down
One love -nobody’s perfect now
One love -don’t let that hold u down
One love - lets stick together now
One love -we got to stand our ground
One love - its easy to believe in
One love - believe in u and me
Onee loveeeeeeeee

Now I cud try and fix this all by myself
but I know it’d turn out better if u help
no one likes to hurt but
but everyone gets weak
someone to rely on
that’s what everybody needs

Now here we stay its all that were worth
I’ve been thru the pain and been dragged thru the dirt
whatever they tell you were bigger than words
I’ve been where your standing
I know how it hurts
let this be a song now and this be our day
and we stand together well be okay
Because where survivors were making it work
expecting the best when they hope for the worst



Forever in life.. that is for sure!


Somebody gave me me this song. I listen to it several times and I m loving it. Thanks.

Forever In My Life Lyrics

Uhoh yeah yeahhh ohh
The way your part of me,
I would have to re-learn everything,
If you were to leave,
So fast you make me feel like was autumn leaves,
And honestly... there a perfect explaination
Why you feel so good to say that your
[Chorus:]My love, my love, my love
I'll give you all my love if you, if you,
If you don't change a thing,
About the way you hold me everynight,
So right, I wanna mate like you forever in my life.
I'm a stick inside a jar,
Turn the lid and set me free,
I love everything that you are,
Has a million other reasons,
But let's not go to far,
Stay, close to my heart,
When I think about the future,
I am right there where you are,
Cause you're...
[Chorus:]My love, my love, my love
I'll give you all my love if you, if you,
If you don't change a thing,
About the way you hold me everynight,
So right, I wanna mate like you to say you're,
My love, my love, my love
I'll give you all my love if you, if you,
If you don't change a thing,
About the way you hold me everynight,
So right, I wanna a mate like you forever in my life.
I know, that you, would never leave me hanging,
Hanging out to dry in the wind,
I know that we haven't seen the worst of it,
But when we do, I promise you we'll stick it out together.
[Chorus: x2]My love, my love, my love
I'll give you all my love if you, if you,
If you don't change a thing,
About the way you hold me everynight,
So right, I wanna mate like you forever in my life.
So right, I wanna mate like you forever in my lifeeeeee...

I am...

...... lonely.... the one that I love doesnt care for me anymore. enough said....
T_T

Inikah cara anak menebus dosa mengabaikan ibu bapa??


بسم الله الرحمن الرحي م

السلام عليكم


Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak. Maksudnya begini: Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya.....


(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)... Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:


1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)


2.. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)


3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang....") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin


5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)


6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa


7. sedekah pisang kat masjid.........


8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"


Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!"..... Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah..... memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya -

"Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku".


Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.


Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat). Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat.


Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat........ Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,


"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.." (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.


Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,


"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."



Wallahualam...

Thursday, April 8, 2010

serabut serabai and everything in between...


dah lama tak jenguk ke blog. tengok2 ada orang kasi award la plak. huhu! terharu nih! bukan mudah le orang nak kasi award neh. boleh letak dalam resume tak? beutiful blog awards.. huhuhu..


design wise, i dont think i deserve it, but content i dont know. may be just MAYBE orang yang kasi tu rasa ada something kat content ni kot. Hmm. well as I would say, I just spill all my tot here. Language wise, kalau rajin aku semak, kalau tak, ate lantak je le...


last few weeks mmg aku berada dalam state kritikal. even now pun. airmata menjadi sangat murah. mood sangat mudah swing and sangat mudah tersentuh. aku dah lama tangguh nak post cerita pasal akhir hayat mak aku, tapi asyik tertangguh. bila taip sikit, mata jadi kabur coz air mata bergenang. selama ni aku ingat aku kuat, rupanya aku tidak.... hmm..


2-3 minngu ni juga menyaksikan betapa teruknya aku dikerah bekerja. tak cukup tido, tak cukup makan. badan makin cengkung sampai ada orang kata aku ambil drug! hell no! check la my urine kalau tak percaya.


last weekend, kawan2 yang sungguh baik hati pakat turun mai penang! i had great time. For once, in a couple of weeks, i manage to smile , and that was for sure. kalau tak aku murung je and FB le jadi kawan. Main pet society sampai tak ingat dunia. tapi 2-3 minggu ni tak sempat dah nak masuk FB lelama. Tido tak cukup, makan tak cukup... wuh!!! layak la aku jadi panda... mata hitam..


erm... ni plak jadual aku 2-3 menjak ni. ada orang kata aku ni pentingkan kerja daripada diri sendiri. I just want that person to know that I need to work to stay alive. I need to work to gain income so that aku boleh belanja, makan, minum and bayar hutang. So i need to work. And to tell you the truth, what I have now, mmg tak cukup. So i need to do part time job. Kalau mcm Mimin tu aku akn sangat gembira, balik je dari study dah boleh tangkap civic. aku ni? nak tangkap beskal pun tak mampu. so camno??


I m rethinking about my career. Mcm stagnant and tak de perubahan. I m thinking of making a change. Pindah, tapi kalau dalam sistem yang sama buat apa? bila plak aku nak merasa pakai civic (aku tak minat civic, sorry... saje je nak buat contoh!) aku lebih kepada toyota.
camry? no way! its going to be a waste.. toyota yang murah2 sudah la... huhu.. aku tak suka kereta lebar, tapi aku suka kepada kereta yang tinggi.

ada banyak lagi aku nak tulis tapi aku kena g kelas lah. hmmm



serabut, serabai dan semua yang seangkatan... hmm....