Tuesday, February 23, 2010

akibat terlalu dekat


Akibat Terlalu Dekat

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?” katanya pelanggan itu menunjukkan genggamannya. “Cuba berikan aku bayangan,” pinta penjual telur. “Benda ini bentuknya seperti telur,” ujar pelanggan. “Lagi?” “Warnanya seperti telur.” “Lagi?” rayu penjual telur lagi. Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: “Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.” “Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!” Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: “Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!” Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur…………apalagi?
Pengajaran:
Manusia sering menjadi ‘buta’ dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.


This is what I usually feel..... so close but yet, so far!... care more for me please....

I miss you!

3 comments:

Norjulia said...

aiyoo...u miss ur bro ker?? huhu~

Norjulia said...

tu sbb ada org bijak pandai pnh berkata...

jangan pandang terlalu jauh utk mencari sesuatu yg berharga kerana berkemungkinan besar kita akan terlepas sesuatu yg jauh lebih berharga dan tidak ternilai utk diri kita..sedangkan ianya sudah lama dkt dgn kita...

jadi..buka mata..buka hati..perhatikan bermula dr yang dekat kepada yang jauh..insya allah...kita tak akan tergolong dlm golongan yg "buta"

*winks*

zack yahaya said...

i miss you! all of you!

Post a Comment